Uncategorized

“RM65,000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan, walhal satu bebanan” – Azmeer

“Kereta Bukanlah Satu Kejayaan Tetapi Satu Bebanan Dalam Kehidupan” – Azmeer Yusof

Bekas pemain bola, Azmeer Yusof telah berkongsi kisahnya memiliki sebuah kenderaan pelbagai kegunaan eksekutif Vellfire sehinggalah beliau membuat keputusan untuk menjualnya.

Beliau telah berkongsi pengalamannya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada 12.42 tengah hari, hari ini.

Difahamkan, bekas pemain Kedah itu telah membeli kereta tersebut dengan harga keseluruhan berjumlah RM65,000.

“Saya letak do

wnpayment kereta ini RM50,000. Beli plat number hampir RM10,000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5000,” katanya.

Pada awalnya, Azmeer merasakan pembelian kereta tersebut dianggap sebagai satu anjakan paradigma dalam kehidupannya.

Namun, jangkaan tersebut meleset apabila beliau mendapati bahawa realiti memiliki kereta mewah tidak semanis yang disangka.

“RM65,000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65,000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier.

“Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan.”

Selain itu, Azmeer turut merasa pembelian aset itu tidak berbaloi memandangkan dirinya jarang menggunakan kereta tersebut.

“Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak,

“Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi pula kini saya tinggal di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Terpaksa bayar kos komitmen yang tinggi, walaupun jarang digunakan

Dalam pada itu, komitmen untuk memiliki kenderaan ini juga memakan kos yang sangat tinggi, walaupun kereta tersebut jarang sekali digunakan.

“Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3,300.

“Cukai jalan tambah insurans hampir RM10,000 setahun.”

Atas beberapa faktor, Azmeer telah berfikir sejenak berkenaan keputusannya untuk menyimpan kenderaan tersebut yang dianggap satu ‘kejayaan’.

“Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini.”

Oleh sebab itu, Azmeer mengambil keputusan untuk menjual kereta tersebut. Menariknya, keputusan yang diambilnya dianggap satu keputusan yang tepat.

Selepas menjual kereta berkenaan, beliau dapat berjimat hampir RM5,000 dalam masa sebulan. Beliau berkata, jiwanya menjadi lebih tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa.

Pada akhir hantarannya, beliau menasihati orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang berpadanan dengan pendapatan.

“Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar sebuah besi yang akan menjadi buruk satu hari nanti.

“Kereta bukanlah satu kejayaan, tetapi kereta adalah satu bebanan di dalam kehidupan,” nasihat Azmeer Yusof kepada pengikutnya.

Sumber : Azmeer Yusof via Facebook

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *