Info

Akhirnya Suhaimi Saad pergi buat selama-lamanya.

PENYANYI Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.42 malam.

Perkara itu disahkan oleh penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun.

suhaimi 1

Suhaimi meninggal dunia selepas hampir dua minggu di hospital.

“Alfatihah buat Allahyarham Suhaimi Saad. Saya dapat tahu dari rakan-rakan yang berada di sana. Saya sekadar berkongsi apa yang tahu.

“Saya juga belum dapat maklumat terperinci. InsyaAllah saya akan update,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Hafiz turut berkongsi perkara itu di laman sosila miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “SS minta maaf zahir dan batin” – Muntah setiap kali makan, Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Allahyarham Suhaimi yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid InTeam meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultan Ibrahim Johor Bharu, Johor pada 4 November lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.

Dia menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Suhaimi juga dilaporkan kehilangan berat badan sejak dua bulan lalu kerana sering muntah.

Jenazah akan dikebumikan di perkampungan isterinya iaitu Ina Naim di Kampung Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor pada malam Rabu.

Sumber : mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *