Info

Saya ambil keputusan tidak lagi mengajar dan memberi kuliah.

Sejak semalam, tular video yang memaparkan pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan bahawa dia telah menerima arahan iaitu tidak dibenarkan untuk meneruskan kuliah di Pulau Pinang.

https://shope.ee/3Ag7rxY5PY

Pemakluman tersebut diberitahunya dipercayai ketika dia berada di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil pada Sabtu.

“Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampaikan kuliah, jadi saya ambil keputusan tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu).

“Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

“Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada bulan empat (April) lalu.” ujar Ustaz Kazim.

Menurut laporan, Pengerusi Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil iaitu Jaafar Talib telah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa Ustaz Kazim telah menerima arahan itu terlebih dahulu.

Susulan itu, pihak masjid dan juga Ustaz Kazim memilih untuk tetap patuh terhadap keputusan itu.

Sumber : thevocket

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *