Info

Harga Ayam dan Telur bakal naik lagi selepas 30 0ktober nanti.

Pada Belanjawan 2024 kali ini, Perdana Menteri sedia melepaskan kawalan harga telur dan ayam supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan tersebut di pasaran tempatan.

https://shope.ee/3Ag7rxY5PY

Namun begitu, pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.

Sumber Gambar: Utusan Malaysia

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff menjelaskan ini tiada lagi kawalan harga subsidi, sekaligus menyebabkan harga makanan akan terus meningkat di pasaran tempatan.

“Permasalahan dia adalah ada pihak akan ambil kesempatan. Bila kita tengok sebelum ini bila diapungkan harga, berlaku pesta kenaikan harga terhadap barangan keperluan ini terutama ayam dan telur yang telah menjadi makanan terhadap golongan B40 dan juga miskin tegar dia banyak makan telur.

“Jadi bila diapungkan harga berlaku kenaikan yang sangat tinggi dan kerajaan perlu mengawal balik harga,” katanya dalam program Fokus Minggu Depan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Yusrizal berpendapat apa yang boleh dilaksanakan kerajaan adalah dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga secara tegas supaya harga tidak naik secara mendadak apabila apungan itu dilakukan kelak.

Malah, pihaknya juga menerima banyak aduan daripada peniaga susulan kenaikan harga beras sebelum ini seterusnya menyebabkan kuasa membeli mula menunjukkan trend penurunan.

Tegasnya lagi, sekiranya kenaikan harga ayam dan telur berlaku selepas ini, lebih banyak pengusaha akan menutup perniagaan mereka di masa kelak.

“Kita jangkakan peristiwa ini akan berlaku juga sekiranya berlaku pengapungan harga ayam dan telur. Peniaga-peniaga industri kecil SME ini akan menaikkan harga makanan mereka.

“Pengguna yang tidak sempat makan di rumah mungkin akan terbeban dengan permasalahan ini dan pengguna hari ini berfikir untuk jimat kos hidup mereka yang mana gaji yang rendah ini seterusnya kurangkan kuasa membeli,” katanya lagi.

Sumber :  thevocket

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *