Info Semasa

Dah banyak kali kena! Harga kat rak lain, bila “time” nak bayar kenapa mahal pulak ni?

KENAIKAN harga barang menjadi isu yang kerap dibincangkan sejak kebelakangan ini.

Terdapat banyak luahan dan rungutan yang dibuat oleh golongan yang terkesan, terutama sekali apabila membeli barangan dapur dan bahan mentah di pasar raya.

Maka tidak hairanlah sekiranya ramai individu terutama golongan suri rumah lebih berhati-hati dan peka dengan harga barang.

Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya pada Rabu.

Pelanggan itu berkongsi pengalamannya dalam sebuah grup Facebook yang turut mendapat perhatian ramai setelah ia menjadi tular.

Setiap pelanggan perlu meneliti tanda harga apabila membeli di pasar raya. – Gambar hiasan.

“Saya pergi ke pasar raya nak beli dua jenis barang. Tetapi bila scan harga salah satu barang, harga jadi double (berganda), saya tanya staf, dekat rak harga murah kenapa scan mahal? Staf pun panggil incharge (penyelia bertugas).

“Incharge lelaki tu terpinga-pinga, konon pergi tanya bahagian ikan. Dia tidak memberikan jawapan, lepas tu teruskan kerjanya menulis di sebelah kaunter dan tidak mempedulikan saya dan staf cashier yang sedang menunggu jawapan.

“Bila staf cashier bertanya sekali lagi, sambil memandang handphone, dia cuma berkata itu memang harganya,” pelanggan itu mengimbas situasi di kaunter.

Terkilan dengan jawapan diterima, wanita ini membatalkan pembelian barang tersebut lalu membayar untuk satu lagi barang yang tanda harganya betul.

Ketika staf membuat pembatalan pembelian, dia sempat meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku ke atas dirinya di pasar raya sama.

Bagaimanapun, tiada sebarang respons atau permohonan maaf diberikan oleh staf pasar raya walaupun apa yang berlaku adalah kesalahan pihak mereka sendiri.

“Ini bukan kali pertama terjadi, jika itu bukan harganya, mengapa letak di sana? Dia cuma buat ‘pekak’ dan tidak mempedulikan saya.

“Saya ulang sekali lagi, kenapa boleh letak harga begitu sedangkan itu bukan harganya? Dia terus berlalu pergi, tanpa ucap maaf dan tiada sebarang penjelasan dibuat.

“Juga tanpa memandang saya, seolah-olah saya ini cuma angin yang bertiup di dalam pasar raya tersebut,” jelasnya lagi yang cukup terkilan dengan apa berlaku di pasar raya yang terletak di Selangor itu.

Memandangkan sudah berkali-kali berdepan masalah sama di pasar raya itu, dia meminta agar pelanggan lain supaya lebih berhati-hati ketika membeli belah.

Kena alert lepas ni. Selalu beli-beli tak tengok pun, terus bayar je.

NETIZEN

“Bagaimana jika beli barang banyak dan tak periksa kerana sibuk mengangkat barang letak atas kaunter? Bagaimana jika orang tua membeli dan tertipu?

“Sekali lagi saya ulang, ini bukan kali pertama, ini kali keempat sepanjang saya ke sana. Banyak barang yang harganya di rak lain, bila scan jadi mahal.

“Ini memang pasar raya pilihan terakhir untuk saya jika tiada barang yang diperlukan memang saya tidak akan ke sana. Sudahlah kita sebagai rakyat seperti ‘mengemis’ di negara sendiri, sekarang ini pula yang kita dapat,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Jika diteliti pada ruangan komen, warga maya lain mengucapkan terima kasih kepada wanita ini kerana berkongsi pengalaman yang mampu memberi kesedaran kepada pelanggan lain..

Komen netizen di Facebook.

“Kena alert lepas ni. Selalu beli-beli tak tengok pun, terus bayar je. Resit pun tak semak balik.

“Terima kasih untuk perkongsian. Ini adalah peringatan kepada saya supaya check harga sebelum bayar,” komen netizen.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *