Info

Percutian ke Pulau Pinang bertukar tragedi apabila isteri diculik.

Seorang wanita berasal dari Medan terpaksa melalui detik hitam gara-gara hutang perniagaan suaminya bernilai RM 540,000.

Menurut Sinar Harian, mangsa diculik, didera dan dikurung 10 hari oleh sekumpulan jenayah di beberapa lokasi di negari ini termasuk di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa diculik tiga lelaki semasa bercuti bersama tiga rakan wanita di negeri itu.

Jelasnya, wanita berusia 36 tahun itu diculik di Paya Terubong sebelum dibawa ke Butterworth dan dikurung di sana.

Walau bagaimanapun, suspek telah membebaskan tiga orang rakannya di tengah jalan dan tidak mengapa-apakannya.

“Mangsa dikurung selama tiga hari di Butterworth, empat hari di Puchong dan tiga hari di Shah Alam. Mangsa akhirnya diselamatkan di sebuah rumah di Shah Alam selepas suami mangsa membuat laporan polis.

“Suspek mengurung mangsa di beberapa lokasi bagi menyukarkan polis mengesan lokasi mangsa.

“Ketika operasi menyelamat, polis turut menjumpai seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun yang turut diculik namun ia berlainan kes serta tiada kena mengena dengan kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini pada Jumaat.

Katanya lagi, wanita Indonesia itu ditemui dalam keadaan lemah kerana didera suspek.

Seluruh badannya cedera dipercayai akibat dipukul, dicucuh dengan putung rokok, kuku dicucuk dengan jarum manakala tangan dan kaki diikat menggunakan pengikat kabel.

Sepanjang dikurung di tempat suspek, wanita berkenaan turut dipercayai dirantai agar tidak dapat melepaskan diri.

“Bagaimanapun, mangsa diberi makan oleh suspek. Dia yang merupakan peniaga dalam talian kini dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya lagi.

hutang suami wanita indonesia diculik didera 10 hariKredit: Sinar Harian

Suami buat laporan polis selepas seminggu selepas isteri diculik penjenayah

Berhubung kejadian terbabit, beliau menjelaskan bahawa mangsa telah diculik pada Khamis,  7 September lepas.

Sungguhpun begitu, suaminya yang berusia 47 tahun hanya membuat laporan polis pada 15 September lalu, 8 hari selepas wanita berkenaan diculik penjenayah.

“Selepas diculik, suspek meminta mangsa menghubungi suaminya yang berada di Indonesia supaya membayar hutang perniagaan sebanyak RM540,000.

“Suami mangsa telah membuat dua transaksi berjumlah RM50,750 pada 12 dan 13 September kepada dalang kumpulan ini.

“Bagaimanapun, suspek masih tidak melepaskan isterinya menyebabkan suami mangsa datang ke Kuala Lumpur lalu membuat laporan polis pada 15 September lalu.

”Selepas menerima laporan itu, polis telah menjalankan Op Scorpion Rantai Penang bagi mengesan lokasi mangsa,” jelasnya.

Menerusi operasi yang dijalankan, pasukannya berjaya menahan 14 orang suspek termasuk, dua lelaki warga asing di beberapa lokasi di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

“Mereka yang ditahan adalah suspek utama berusia 35 tahun, sembilan lelaki warga tempatan, dua wanita warga tempatan dan dua lelaki warga asing. Kesemua mereka berusia lingkungan 23 hingga 70 tahun.

hutang suami wanita indonesia diculik didera 10 hari
Kredit: Sinar Harian

“Lima daripada mereka mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah sementara semua suspek negatif dadah. Mereka direman tujuh hari sehingga 23 September ini,” ujarnya.

Kata Kok Chin, hasil siasatan lanjut mendapati suspek utama adalah rakan perniagaan suami mangsa. Suspek utama dan suaminya telah menjalankan perniagaan bersama-sama di Kuala Lumpur.

“Mereka berdua merupakan kontraktor dan suami mangsa dipercayai berhutang wang perniagaan dan gagal membayar menyebabkan isterinya diculik.

“Setelah menyedari wang perniagaan tidak dibayar, suspek berang lalu bertindak menculik isteri rakannya itu.

“Kita merampas beberapa barangan antaranya 23 telefon bimbit, 36 pengikat kabel, wang tunai RM4,800, rantai besi dan batang besi. Kita turut menyita empat kenderaan termasuk kereta yang digunakan untuk membawa lari mangsa,” jelasnya.

Memetik Slaporan Sinar Harian, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Sumber : sinar harian / sk

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *