Info Tips

Tuang Dua Bahan Ini, Cara Mudah Nak Hilangkan Bau Busuk Dari Lubang Singki Dapur

Biasanya, apabila kita selesai mengemas dapur dan mencuci semua pinggan mangkuk yang digunakan, pasti ada bau yang tidak enak keluar dari lubang singki, kan?

Bau sinki ini kalau dibiarkan, memang mampu menyiksa hidung seluruh isi rumah. Apatah lagi, jika dapur bersambung terus dengan ruang tamu.

Lokasi yang sepatutnya menjadi tempat istirehat dengan selepas selesai menjamu selera menjadi zon yang dicemari dengan bau-bau yang bisa membuatkan kita rasa nak termuntah.

Padahal, singki pun sudah dibersihkan tadi, kenapa pula bau-bau sebegitu masih ada, pelik kan?

Menurut Drench, bau busuk dari singki berpunca daripada minyak, lemak dan makanan memasuki lubang saluran singki. Kesemua bahan ini akan tersangkut pada lubang paip dan menyebabkan bau busuk seakan-akan telur busuk.

Dalam bilik air pula, masalah singki berbau pula biasa disebabkan gumpalan rambut yang tersangkut pada saluran singki.

Secara umumnya, singki di dapur lebih cenderung untuk berbau busuk berbanding singki di bilik air.

Guna dua bahan ini, kita boleh hilangkan bau busuk dari lubang singki

Menerusi hantaran pada akaun TikTok, Kiku (@kikuemeow), pengguna TikTok tersebut berkongsi cara untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan dari lubang singki.

Menariknya, caranya amat mudah dan tidak memerlukan anda membuka mana-mana bahagian singki. Bahan yang diperlukan juga biasa ada di dapur setiap rumah.

Bahan-bahan tersebut hanyalah serbuk soda penaik dan cuka. Bahan lain yang diperlukan adalah air panas dan tisu sahaja.

Pertama sekali, taburkan serbuk soda penaik berdekatan dengan lubang singki yang berbau kurang enak.

hilangkan bau busuk lubang singki
Kredit: TikTok

Kemudian, tuangkan cuka pada kawasan serbuk soda penaik tadi dan tutup lubang singki dengan menggunakan tisu dapur. Biarkannya selama 15 minit.

hilangkan bau busuk lubang singki
Kredit: TikTok

Selepas itu, tuangkan air panas ke dalam lubang singki dan bau busuk akan hilang secara serta merta.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah yang serupa, anda boleh cuba tips di atas. Walau bagaimanapun, jika masih terdapat bau busuk dari singki rumah anda, anda disarankan untuk merujuk masalah tersebut kepada tukang paip.

Sumber : kikuemeow / sk

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *