Bila beli durian Black Thorn, Musang King atau D24 yang sedap isinya mulalah kita terfikir untuk simpan biji buat benih. Nanti boleh tanam di kawasan rumah atau di kampung.
Tapi macam mana sebenarnya nak cambah benih durian ini. Untuk yang berhajat untuk tanam sendiri durian dari awal, ini yang perlu dilakukan.
1. Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.
2. Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tenggelamkan biji.
3. Selepas 2 hari tos air, dan lihat biji durian tadi. Biji yang sesuai ditanam adalah yang timbul tunas akar.
4. Atau boleh juga rendam biji durian selama satu malam dan keesokan harinya keluarkan air.
5. Letak biji tadi dalam bekas dan tutup dengan tisu. Simpan di tempat yang redup selama satu hari.
6. Selepas sehari biji durian akan keluar tunas. Semai biji yang bertunas ini.
Cara semai
- Letak biji bertunas tadi di dalam polibeg berisi cocopeat. Pastikan tunas akar menghala ke bawah atau ke tanah. Boleh juga cucuk sedikit bahagian bertunas ke tanah. Tak perlu dalam.
- Siram dan jangan biar tanah kering.
- Tunas akar akan masuk ke tanah dan seterusnya akan naik batang dan daun.

Cara ini anak benih pokok durian lebih berpotensi untuk tumbuh dengan cepat.
Selamat mencuba
Sumber : Jarum Kemucut / vanillakismis
Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.
Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.
Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP
Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.