Info Tips

Cara Buat Roti John Sedap & Mudah Secara Homemade. Hanya Guna Sosej

Mudah rupanya nak buat Roti John homemade ni. Kalau ke pasar malam, ia ibarat menu wajib beli. Jika anda penggemar hiodangan ni, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati dan jimat banyak.

Resepi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!

RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti john/roti oblong (belah tengah)
  • Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
  • Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
  • 2-3 biji telur
  • Planta secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones secukupnya
  • Sos Thousand Island secukupnya
  • Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.

2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.

3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.

4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.

5. Bila dah masak, angkat.

6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.

7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.

Sumber : Tengku RosElyza Raja Muhammad Via Rasa

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *