Info Resepi

Resepi Spaghetti AgIio Olio, Ramai Puji Resepinya Sedap Dan Menjadi!

Masih ramai yang tak tahu asal usul makanan Spageti ini dan juga Resepi Spaghetti Aglio Olio yang mudah dan sedap di makan. Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Itali. Nama asal bagi spaghetti ini adalah Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino. Tetapi telah disingkatkan menjadi Aglio Olio supaya ia mudah untuk disebut.

Ia sangat terkenal dengan rasanya yang sedap walaupun menggunakan bahan yang biasa-biasa sahaja. Nak menyediakannya mengikut Resepi Spaghetti Aglio Olio ini juga cukup mudah, tidak perlu menggunakan terlalu banyak bahan.

Resepi Spaghetti Aglio Olio ini dikongsikan oleh Nafsiah Rahim di faceb0oknya dengan menggunakan acuan dan resepi sendiri untuk menu spageti ini. Resepi spageti aglio olio ini telah dikongsiakan lebih ribuan share di laman facebo0k. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba resepi spageti ini.

Resepi Spaghetti Aglio Olio

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO YANG MUDAH

BAHAN-BAHAN RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO:

  • 1 paket spaggeti
  • 10-15 ekor udang
  • 5-6 ekor sotong
  • 2 batang sosej
  • Bawang putih 4 ulas
  • 1 sudu chili flakes
  • 1 sudu lada hitam
  • 3 sudu srbuk oregano
  • 5 biji cili kering
  • 1 kiub ayam
  • 2 keping cheese
  • Tomato
  • Lada benggala

CARA PENYEDIAAN RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO :

  1. Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
  2. Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipot0ng. Saya letak lambat sikit takut hangit.
  3. Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
  4. Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
  5. Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan.

Resepi Spaghetti Aglio Olio

SELAMAT MENCUBA! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO

Kredit : Nafsiah Rahim / rahsiarumahtngga

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *