Info

“Jangan buat hal MIE RACING” Kenapa nama Hafizh Syahrin tiada untuk sesi 2023?

Kejohanan WorldSBK musim ini makin menghampiri penghujung dan ternyata sa!ngan takhta kejuaraan semakin senglt.

Dengan berbaki 5 pusingan, pasukan-pasukan kini mula melakukan persiapan awal untuk bersa!ng musim hadapan dan setakat ini seramai 13 pelumba telah disenaraikan bersama pasukan seperti berikut:

Pata Yamaha with Brixx WorldSBK: Toprak Razgatlioglu dan Andrea Locatelli

Kawasaki Racing Team WorldSBK: Jonathan Rea dan Alex Lowes

Arubait Ducati Racing: Alvaro Bautista (satu kekosongan)

BMW Motorrad WorldSBK Team: Scott Redding dan Michael van der Mark

Team HRC: Iker Lecuona dan Xavi Vierge
GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team: Remy Gardner (satu kekosongan)

Motocorsa Racing: (dua kekosongan)

Team Goeleven: Philipp Oettl

Kawasaki Puccetti Racing: TBA

BARNI Spark Racing Team: Luca Bernardi

Bonovo Action BMW: Garrett Gerloff (satu kekosongan)

Gil Motor Sport-Yamaha: TBA

Orelac Racing VerdNatura: TBA

TPR Team Pedercini Racing: TBA

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan di laman WorldSBK ini, sebanyak 14 pasukan akan bertanding pada musim hadapan namun timbul pertanyaan, dimanakah Pasukan MIE Racing?

Untuk rekod, tahun ini merupakan tahun ketiga MIE Racing didalam sa!ngan WorldSBK dan tahun pertama bagi pasukan ini membariskan dua pelumba di grid.

Apapun bakal berlaku, semoga yang baik-baik menyebelahi kepada satu-satunya wakil negara di kejohanan WorldSBK, Hafizh Syahrin. Peminat dari Malaysia masih berharap agar Hafizh kekal ber4ksi didalam kejohanan dunia.

Teruskan bersama Two Wheels..

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #WorldSBK

Sumber : twowheels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *