Info

Arw4h suami dah lama tak dapat bayaran tu. Tak sangka pula hari ni bayaran tunggakan tu banyak macam ni..

Diibaratkan seperti durian rvntuh, seorang warga emas di Terengganu bersyukur menerima bayaran balik elaun arw4h suaminya sebanyak RM64,175 yang pernah tertunggak selama beberapa tahun, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, suami kepada warga emas bernama Ngah Osman, 74, iaitu AIIahyarham Ismail Abas pernah berkhidmat sebagai bilal di Masjld Kampung Kolam, Kuala Ibai selama 13 tahun.

Ngah yang ditemui pemberita meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana beliau tidak menyangka akan menerima wang sebanyak itu, malah berazam akan memanfaatnya sebaik mungkin.

“Wang yang saya terima ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan kami sekeluarga berhasrat tunaikan umr4h,” katanya kepada pemberita Sinar Harian.

Difahamkan, ibu tunggal kepada empat anak itu memaklumkan bahawa arw4h suaminya meninggaI dunia sebelum ini ak!bat kompl!kasi penyak!t.

Menurut Ngah, bermula usia 40 tahun, arwah sudah mula berkhidmat di masj!d berkenaan, namun seingatnya bayaran elaun tersebut hanya dibayar semasa arwah mula bertugas.

“Seingat saya lama juga arwah tidak terima bayaran elaun. Mujurlah ketika itu dia masih ada pendapatan lain.

“Kerja sebagai biIal masj!d ini dilakukan secara sampingan kerana arw4h suami saya turut melakukan pekerjaan sebagai neIayan,” katanya lagi.

Ngah mendedahkan kisah sedemikian ketika ditemui pemberita Sinar Harian semasa menghadiri majlis penyerahan elaun tunggakan im4m dan biIal masj!d di Wisma Darul Iman pada semalam bersama adiknya, Rosnidawati Ismail, 48.

Difahamkan, penyerahan bayaran tertunggak itu disampaikan oleh Men teri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada 12 penerima yang melibatkan peruntukan berjumlah RM242,925.

Melalui peruntukan tersebut, kesemua bayaran elaun kepada 54 im4m dan biIal yang tertunggak sejak 2005 dahulu hingga 2018 dengan jumlah lebih RM3 juta sudah berjaya dilunaskan kerajaan negeri.

Dalam masa sama, sebanyak 509 buah masjid turut menerima peruntukan kerajaan negeri Terengganu bagi melantik beberapa im4m dan biIal di setiap masj!d untuk memastikan urusan berjalan lancar.

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *