Hiburan Info

Sampai sekarang saya terngiang-ngiang, apalah yang dimakan pelanggan yang singgh kat warung tu.

Gambar diatas hanyalah sekadar hiasan.

Suatu pengalaman hidup aku sendiri pernah hadapi yang aku ingin kongsikan. Aku rasa tak ramai yang tahu walaupun orang yang betul-betul rapat dengan aku.

Menyingkap kembali zaman mula-mula berhijrah mencari rezeki ke kotaraya Kuala Lumpur ini aku ada juga berulang alik ke Terengganu memanfaatkan cuti yang ada menjenguk orang tua.

Pada waktu dan ketika itu laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 masih belum siap sepenuhnya dan masih tidak dibuka pun lagi untuk kegunaan awam.

Jadi sudah pasti laluan yang aku biasa gunakan adalah laluan LPT 1 keluar dipenghujungnya sebelum menyambung perjalanan melalui jalan persekutuan biasa iaitu laluan dalam yang lebih dikenali Jalan Jerangau Jabor.

Laluan pilihan untuk terus ke bahagian Hulu Terengganu yang kebiasaannya digunakan oleh kenderaan berat yang membawa hasil bumi seperti minyak sawit dan balak.

Laluan yang merupakan jalan persekutuan biasa yang sekadar mempunyai dua lorong dan banyak selekoh merentasi kawasan hutan kecil, kebun dan ladang-ladang sawit kebanyakannya.

Benda yang terjadi pada aku ini cukup terus kepada point, ada satu perjalanan malam membawa ke awal pagi aku melalui jalan tersebut buat ke sekian kalinya setelah hampir 2 hingga 3 bulan juga aku tak balik kampung pada waktu itu.

Memasuki laluan Jerangau Jabor tu masa dah lebih pukul 11 malam selepas melintasi beberapa kawasan penempatan dan ladang-ladang sawit aku berkira-kira hendak berhenti andai berjumpa tempat yang sesuai.

Sehinggalah aku ternampak satu kedai makan yang kelihatannya masih beroperasi ketika itu. Nampak agak meriah juga dengan beberapa biji kereta dan 1 biji lori treler berhenti di sekitar kawasan kedai.

Aku terus berhentikan kereta ditepi jalan kiranya agak jauh sikit daripada kedai. Aku kira nak la perkena teh tarik ke segelas dua buat pengubat mata yang agak mengantuk.

Aku tidak terus turun sebab tiba-tiba terlintas difikiran aku sebelum-sebelum ni aku lalu laluan tersebut rasanya tidak pernah berjumpa pun dengan kedai sebegitu meriah di sekitar kawasan tersebut.

Keadaan kedai tu memang meriah dengan lampu lip lap dan lampu florescent pelbagai warna. Perhiasan tipikal kedai makan ala siam. Dan yang pasti berdekatan kedai tersebut ada sebatang pokok besar yang boleh dijadikan titik rujukan kedai tersebut.

Dalam berkira-kira nak turun tu aku nampak ada sebiji kereta yang diletakkan berdekatan dengan kedai dah memulakan perjalanannya semula jadi aku hidupkan semula enjin kereta untuk mengambil tempat kereta tadi.

Masuk saja parking tempat tersebut terus perasaan aku jadi semacam. Rasa seriau, meremang dan tak sedap hati je. Masa tu memang jelas kelihatan dalam kedai tersebut ada pelanggan yang kelihatan menjamu selera. Pelayan kedai yang mengemas meja.

Berdasarkan naluri perasaan aku yang tiba-tiba rasa semacam tu aku batalkan niat untuk turun daripada kereta tetapi aku hidupkan kereta dan teruskan perjalanan menuju destinasi.

Kita-kira 5 minit perjalanan seterusnya aku ada terjumpa satu lagi kedai makan dan kawasan penempatan iaitu rumah orang kampung. Aku juga mengambil keputusan untuk tidak berhenti lagi untuk cepat sampai ke kampung sendiri. Perasan aku tadi aku abaikan saja.

Dah bercuti seronok 3-4 hari kat kampung sudah tiba masanya untuk kembali bertugas. Perjalanan kembali ke ibu negara inilah yang menimbulkan segala tanda tanya dalam pemikiran aku tentang apa yang pernah aku hadapi baru-baru ini tu.

Aku memilih untuk memulakan perjalanan itu waktu lewat petang santai-santai sambil ambil angin petang. Memasuki kawasan yang aku berjumpa kedai makan yang aku hampir berhenti malam sebelum ini tu sudah hampir masuk waktu m4ghrib. Maksudnya keadaan sudah mula gelap.

Berdasarkan rumah orang kampung, kedai makan kedua yang aku temui tu dan yang paling penting pokok besar yang aku katakan boleh dijadikan titik tanda kedai makan yang meriah tu aku yakin bangunan kedai yang aku perhatikan dikala remang m4ghrib tu adalah kedai yang aku berhenti itu.

Ya memang benar ada struktur kedai berdekatan pokok besar tersebut tapi kedai tersebut dah betul-betul bvruk macam sudah lama ditinggalkan. Kawasan sekitar pun dah bersemak samun dah.

Atas rasa tak puas hati dengan apa yang aku lihat sekali lalu tu aku buat pusingan U untuk melihat sekali lagi melihat keadaan kedai tersebut buat sekian kalinya. Sempat juga aku berhentikan kenderaan di tempat yang aku kira sama seperti malam sebelum ni tu.

Dan apa yang ada jelas di depan mata aku memang kedai itu betul-betul bvruk dan usang. Dindingnya ada yang dah terk0pak bumbung pun tercabut dan dah dinaiki semak samun kawasan sekitarnya.

Mengenangkan pemandangan yang aku jelas aku perhatikan malam kejadian itu terus bulu roma aku meremang kembali dan terasa diri diperhatikan pulak ketika itu daripada dalam kegelapan kawasan kedai tinggal itu.

Memikirkan waktu m4ghrib yang hampir tiba dan cakap-cakap orang tua waktu m4ghrib ni banyak sy4itan berkeliaran aku tak nak lama-lama lagi berada di kawasan tersebut.

Aku terus hidupkan kereta buat pusingan U kembali untuk meneruskan perjalanan kembali ke KL. Dikala itu jugalah satu lagi keadaan yang menarik perhatian aku. Terdapat kesan tayar kenderaan yang pada aku agak baru sekitar kawasan itu kerana masih jelas kelihatan.

Jadi tak mustahil memang ada orang lain yang turut berhenti disitu sebelum-sebelum itu dan mungkin sampai tahap menikmati makanan disitu.

Sepanjang perjalanan kembali ke Lembah Klang kali itu dipenuhi dengan pelbagai pertanyaan. Jadi benarlah itu kedai makan daripada alam lain? Kalau betul, apakah yang dinikmati oleh mereka yang pernah berhenti di situ malam tersebut? Ataupun pun yang berhenti malam tersebut pun mungkin daripada alam mereka juga?

Aku simpan semua pertanyaan-pertanyaan tersebut buat diri sendiri tanpa jawapan yang pasti.

Kalian semua tahu apa yang menarik. Aku pernah lalu kembali jalan tersebut buat sekian kalinya selepas itu juga pada waktu yang sama masa kejadian pertama tetapi tidak lagi berjumpa dengan kedai tersebut sedang beroperasi.

Yang tinggal hanyalah kekal bangunan kedai yang usang itu saja sehinggalah aku berhenti menggunakan laluan tersebut setelah sebahagian LPT 2 dibuka kepada pengguna.

Apa yang jadi kepada kedai tersebut sekarang aku sendiri tidak pasti.

Sumber : KCHM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *