Info Semasa

Pengalaman pahit yang tak akan dilupakan .”8 jam bertahan di atas bukit”

Hulu Langat: Terp4ksa berteduh di kawasan bukit lebih lapan jam menunggu banjir surut, itu pengalaman dilalui seorang pekerja sebuah kedai menjual makanan haiwan di Batu 13, di sini, ketika banjir besar, Sabtu lalu.

Menceritakan semula pengalaman itu, Abdul Shafiz Saliudin, 33, berkata, ketika kejadian kira-kira 10 malam, dia berada di kedai menjual makanan haiwan itu sebelum air naik dengan mendadak.

“Air naik dengan cepat hinggakan dalam tempoh 15 minit, ia sudah sampai paras betis (kira-kira 0.5 meter) dan dalam tempoh satu jam, air semakin naik hingga ke paras dada (lebih satu meter).

“Keadaan itu menyebabkan saya bergegas mengambil beberapa barang penting dan meletakkannya ke dalam beg sebelum pergi naik ke atas bukit di belakang sebuah klinik di seberang jalan kira-kira 12 tengah malam,” katanya ketika ditemui di premis berkenaan, hari ini.

Abdul Shafız berkata, dia bersama kira-kira 30 individu lain terp4ksa menunggu di kawasan bukit itu sehingga air surut.

“Kami hanya berdiri dan duduk di sana sambil memerhatikan keadaan air tanpa makan dan minum. Ada kalanya saya akan duduk di rumput apabila letih berdiri sepanjang tempoh itu.

“Apabila air mula surut, saya turun dari kawasan bukit berkenaan pada 8.30 pagi dan melihat semua makanan haiwan di dalam kedai ini diselaputi lumpur.

“Dianggarkan lebih RM50,000 kos kerug!an yang ditanggung oleh majikan ak!bat banjir kali ini,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro di sekitar Hulu Langat mendapati kebanyakan penduduk sedang melakukan kerja pembersihan yang dibantu pelbagai agensi dan sukarelawan.

Laluan masuk ke Pekan Hulu Langat turut mengalami kessesakan kira-kira satu jam kerana pertambahan jumlah kenderaan serta penutupan jalan yang r0sak.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *