Selebriti/Artis

Zul Ariffin Turut Sama Dgn UEL Agih Mknn Kpd Gelandangan

Misi mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan oleh pendakwah terkenal Ebit Lew kali ini berbeza apabila turut disertai oleh beberapa selebriti antaranya Zul Ariffin dan Harris Anuar.

Menurut Ebit, ketika mengagihkan makanan di sekitar ibu negara, rata-rata gelandangan menangis terharu kerana sudah sekian lama mereka tidak bertemu dengan pendakwah itu.

 

Bagi Ebit, individu yang tinggal di jalanan itu adalah saudara rapatnya dan dia sangat menyayangi mereka.

Misi ke KL sahabat-sahabat yang disayangi. Sayu jer jumpa pakcik makcik ni semua. Ramai menangis rindu dah lama saya tak tengok mereka. Makcik-makcik kata kami hari-hari doakan ustaz. Kami sayang ustaz sangat.

Sedih rasa. Orang miskin dan jalanan nilah saudara rapat saya. Anak bawah jambatan. Pakcik makcik dijalanan. Kakak ibu tunggal yang besarkan anak seorang diri. Gembira dan sayang pada mereka sangat.

Artis turun dakwah

Dalam pada itu, Ebit meluahkan rasa gembira apabila mendapat sokongan daripada rakan selebriti yang turut sama turun padang berkongsi rezeki di samping berdakwah.

Hari ini mereka gembira lihat Zul Ariffin dan ramai lagi sahabat, artis-artis, influencer, gamers yang berdakwah dan berkongsi rezeki.

Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kerja ini banyak nak dibuat kerana itu perlu lebih ramai yang bersama-sama.

VIDEO

Sumber : ohbulan

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB pageĀ Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *