Semasa

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan ingin tlg bayarkan

Di kala musim pandemlk yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama golongan kurang kemampuan mencari pelbagai cara bagi meneruskan kehidupan dan menyara ahli keluarga.

Namun, ada kalanya sltuasi terdesak menyebabkan seseorang itu mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu sehingga mengundang kesaIahan jen4yah sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Terbaru, berdasarkan laporan Harian Metro, seorang lelaki ditahan Jabatan Slasatan Jen4yah (JSJ) kerana mencuri tiga tin susu formula kanak-kanak bernilai RM294 di sebuah kedai di Miri Times Square di Miri, semalam.

Menurut Ketua PoIis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Taman Desa Senadin selepas wakil peniaga membuat laporan poIis.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 2 petang (hari penahanan) dan kelakuan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
“Suspek dilihat berjalan memasuki premis dan terus ke sudut yang menempatkan susu, sebelum meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dan beredar dengan kereta,” katanya.

Namun, tidak diketahui punca suspek berbuat demikian tetapi difahamkan lelaki itu sudah berkahwin dan memiliki anak yang masih bayi. Hakemal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Kes3ksaan.

Meninjau ke ruangan komen Facebook di posting Harian Metro, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib svspek yang mungkin terpaksa mencuri aklbat kesempitan wang ringgit.

Sumber : omm

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *