Info

Demi anak,ibu terpaksa mencvri tabung masjid. Bukan banyak pun tapi tak pasal-pasal kena dkwa

“Wanita itu tinggal bersama anaknya bersendirian kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya melakukan tindakan tersebut kerana mempunyai pendapatan yang tidak tetap dalam situasi pandmik C19 ketika ini. “

KANGAR : Seorang wanita didakwa di M4hkamah Maj!stret di sini, hari ini atas pertudvhan mencvri tabung di M4sjid Padang Pauh, Padang Besar, Sabtu lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertvduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Maj!stret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertvduhan, tertvduh didakwa mencur! tabung di M4sjid Sirajuddin di Padang Pauh dengan wang bernilai RM40 yang berada di dalam tabung tersebut kira-kira pukul 8.45 malam pada Sabtu lalu.

Pend4kwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanvn Kes3ksaan yang boleh membawa hukuman penj4ra sehingga 10 tahun dan d3nda jika disabit kes4lahan.

Tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci dan mempunyai seorang anak lelaki berumur empat tahun mengaku tidak bers4lah kerana dia mendakwa hanya mengambil wang bernilai RM28 sahaja dan bukannya RM40.

Pend4kwaan dikendalikan Timbalan Pend4kwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara tertvduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Dalam rayuan yang dibuat, Nur Iman memberitahu, anak guamnya yang tinggal bersama anaknya bersendirian kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya melakukan tindakan tersebut kerana mempunyai pendapatan yang tidak tetap dalam situasi pandmik C19 ketika ini.

Kamaliza kemudian menetap jam!nan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dijamin dan dit4han di l0kap penj4ra Pokok Sena.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 4 Oktober ini untuk sebutan semula.

Semalam, akhbar ini melaporkan, mengisi minyak motor, membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit antara alasan diberikan seorang wanita yang bertindak mencvri tabung masjid di Masjid Padang Pauh, Padang Besar pada Sabtu lalu.

Kejadian tersebut disedari ahli kariah masjid itu kira-kira pukul 9.15 malam selepas mendapati satu tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu m4sjid tersebut telah tiada.

Ekoran itu. wanita berkenaan dit4ngkap di rumahnya di Arau, pada pukul 9.15 malam, hari sama.

Sumber : uonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *