Semasa

Adik Saif Mmerlukan Bntuan Kos Rawatan Pmbedahan Beserta Doa Kita

Kuala Lumpur : Seorang bayi lelaki berusia sebulan memerlukan RM50,000 bagi menampung kos pmbedahan dan rawatan jantung berIubang dihidapinya.

Saif Arman Abdul Naim dikesan mnghidap masaIah jantung berIubang jenis Verticular Septal Defect (VSD) dan saIuran jantung sempit, selepas mempunyai masaIah kesukaran bernafas.

Ibunya, Mashitah Azman, 29, dari Dungun, Terengganu berkata, dia tidak berdepan sebarang masaIah ketika meIahirkan anak sulungnya itu pada 18 Julai lalu.

Mashitah Azman dan suami, Abdul Naim Mohd bersama anaknya, Saif Arman Abdul Naim memerlukan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk menjalani pembedahan jantung berlubang di Hospital Sunway Medical Centre.

Namun katanya, dua minggu kemudian dia mendapati dada anaknya seperti berombak selain bernafas dengan agak laju.

“Saya kemudian bertanya kepada kakak yang juga seorang jururawat dan dia meminta saya membawa segera anak ke Hospital Dungun untuk pmeriksaan.

“Doktor kemudian meminta saya me.rujuk kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan sepanjang perjalanan ke hospital dengan ambuIans ketika itu, anak saya diberikan aIat ban.tuan pernafasan.

“Pemeriksaan dan beberapa ujian yang dijaIankan di HSNZ mengesahkan anak saya menghidap jantung berlubang serta saluran jantung sempit,” katanya.

Suri rumah itu berkata, pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan jantung anaknya bermasalah kerana melihatnya keadaan anaknya yang normal seperti bayi lain.

Katanya, dia dan suami Abdul Naim Mohammad, 29, yang bekerja sebagai penyelia keselamatan turut dimaklumkan kos perubatan anaknya adalah sebanyak RM50,000.

Mashitah berkata, sebagai seorang ibu, dia amat sedih melihat keadaan anaknya yang masih kecil namun sehingga kini, masih perlu memakai alat bantuan pernafasan bagi mengurangkan beban pada jantungnya.

Dia yang kali terakhir berpeluang memegang bayinya pada minggu lalu, berkata ketika ini keadaan anaknya agak stabil walaupun perlu minum susu menggunakan tiub.

“Bagaimanapun saya dan suami amat berharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan kepada anak kami supaya dia dapat menjalani pembedahan segera.

“Kami amat berharap dia dapat pulih dan sihat kembali,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141-0532-3170 dengan menyatakan nama Saif Arman Abdul Naim.

Bagi sumbangan menggunakan cek ke tabung sama pula, tulis nama pesakit di belakang cek dan hantar ke alamat Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumber : hm

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB pageĀ Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *