Info

Ibu bvnuh anak dengan trag!s

Rio de Janeiro: Catatan diari memilukan yang menceritakan kisah pend3raan dilalui seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai dibvnuh ibunya ditemukan.

Dailystar melaporkan diari itu menceritakan penderitaan, Miguel dos Santos Rodrigues dengan menganggap dirinya sebagai seorang anak yang teruk.

“Saya buruk. Saya k3jam. Saya j4hat. Saya tidak tahu menghargai sesiapa. Saya anak yang menger!kan,” tulisnya.

Polis Brazil percaya ibu Miguel, Yasmin Vaz dos Santos Rodrigues, 26, memaks4nya menulis ayat itu bersama frasa lain yang meruntun jiwa seperti ‘saya b0doh’ dan ‘saya tidak layak menjadi anak kepada ibu ini’ sebelum dibvnuh.

Ibu Miguel akhirnya mengaku mem4ksa anaknya makan ubat anti kemvrungan dengan dos tinggi sebelum melemaskan anaknya ke dalam beg dan membuangnya ke sungai.

Tetapi dia menunggu dua hari selepas kejadian itu sebelum melaporkan kehilangan Miguel.

Polis memperoleh video di mana Yasmin kelihatan mengejek budak lelaki itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Antonio Carlos Ractz berkata, siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan.

“Apa yang jelas dan kami mengesahkan ketika kanak-kanak itu hidup, dia dis3ksa secara fizikal serta psikologi. Dia kekurangan zat makanan. Walaupun dia ke sekolah, dia tidak punya kawan dan tidak pergi ke mana-mana.

“Dia dikunci di sebuah bilik di rumah, dihukum, dikunci dan diikat dalam almari,” katanya.

Selepas Yasmin mengaku melakukan pembunuhan, p0lis menggeledah rumah keluarga itu dan menjumpai rantai yang digunakan untuk mengikat Miguel dalam almari pakaian.

Sehingga kini m4yat kanak-kanak m4lang itu belum ditemui.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *