Info Semasa

Ha melepak lah lagi… Kan dah kena

Kuala Selangor: Tindakan tidak berfaedah sekumpulan remaja menghabiskan masa berkumpul, berlumba dan melakukan pelbagai aksi berb4haya di sekitar Tanjong Karang dan Sungai Yu, membawa padah apabila mereka ditahan p0lis dalam Op S4mseng Jalanan, kelmarin.

Ketua P0lis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, operasi mulai 9.30 malam hingga 4 pagi dengan kekuatan seorang pegawai dan lima anggota dari Bahagian Si4satan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Beliau berkata, sepanjang operasi, pihaknya memeriksa 18 individu dan 15 motosikal, selain mengeluarkan 23 s4man atas pelbagai kes4lahan.

“Lima kesalahan adalah tiada lesen memandu, diikuti kesalahan lain-lain seperti tidak memakai topi keledar (4), tiada cermin sisi (4), mengubah suai motosikal (4), nombor pendaftaran (4) dan insurans tamat tempoh (2).

“Kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi terbabit berusia antara 18 hingga 25 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua kenderaan yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *