Info

DidikIah Anak Lelaki Dgn Berhemah. Agar Mereka Bisa Jd Pemimp1n ldaman KeIuarganya

Kebanyakan ibubapa sangat tercabar dalam mendidik anak anak. Lagi tercabar bila zaman makin maju dengan teknologi. Anak anak mudah terpengaruh dengan gajet.

Mari ikut perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang ilmu keibubapaan berkaitan anak anak lelaki.

 

Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa

 

1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu

2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu

3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu

4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu

5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu

6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu

7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu

8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu

9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu

10. Bantulah ibubapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu

5 kesalahan terbesar dalam mendidik anak lelaki

 

1. Ingat emosi anak lelaki lebih kuat daripada anak perempuan

Kajian menunjukkan otak bayi lelaki lebih terkesan dengan tekanan ibunya ( maternal depression ) di dalam rahim dibandingkan bayi perempuan

2. Ingat kemas rumah dan kerja rumah bukan tugas anak lelaki

Anak lelaki atau perempuan dua duanya wajib dilatih untuk membuat kerja rumah sejak daripada kecil.

Anak yang disuapkan semuanya akan menjadi raja tetapi anak yang dilatih menjadi hamba akan menjadi manusia yang bertimbangrasa

3. Tak bagi anak lelaki menangis dan tunjuk emosinya sama sekali

” Eh awak kan anak lelaki. Mana boleh menangis! ”

Jangan tuan puan. Anak lelaki atau anak perempuan ada hak untuk ekspresikan emosi yang dirasakan. Jangan sampai emosi itu terpendam dan makan anak kita daripada dalam!

4. Letak harapan dan bebanan terlalu besar pada anak lelaki

Anak lelaki juga ada ‘limit’ nya. Walaupun mereka harapan keluarga mereka juga boleh ‘patah’ jika terlalu dibebankan dengan tanggungjawab yang keterlaluan

5. Selalu berkasar dan terlalu berkeras dengan anak lelaki

Anak lelaki memang perlukan ‘playful aggression’ seperti bertinju dan bergomol dengan ayahnya sebagai salah satu cara untuk perkembangan emosi dan otaknya.

Cuma jika mak ayah terlalu berkasar dan keras seperti menengking, menjerkah dan mendisiplinkan dengan cara yang terlalu keras, anak lelaki pun boleh patah!

Daya tahan setiap anak itu tak sama dan berbeza.

Semoga beroleh manfaat dengan perkongsian ini.

Sumber : Taufiq Razif

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *