Sejak pandem1k penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pembelian barangan atau penghantaran parcel atas talian semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.
Pengawalan aktiviti yang terhad serta pembelian SOP kedai yang ketat semakin menyukarkan mereka yang ingin mendapatkan barang keperluan harian.
Bukan itu sahaja, segelintir masyarakat juga menzahirkan rasa risau akan jangk1tan jika mereka keluar dari rumah. Maka, pembelian atas talian mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Namun, baru-baru ini kecoh tentang masalah yang berlaku melibatkan penghantaran parcel. Lebih-lebih lagi barang yang dihantar mengalami kerosakan dan sebagainya.
Parcel dibuka?
Tular di laman Twitter mengenai satu ciapan yang dibuat oleh @Schaza_Izzati memaparkan kekecewaannya terhadap sebuah syarikat servis kurier.
Dia mend4kwa kotak bungkusan berisi makanan untuk teman lelakinya telah dibuka dan digantikan dengan sampah oleh pekerja syarikat tersebut.
Bungkusan itu dipercayai dihantar kepada teman lelakinya yang sedang menjalani ku4rantin di rumah oleh sebab mengalami jangk1tan wabak pandem1k.
Boyfriend aku positive covid, so aku decide untuk hantar makanan untuk dia sebab stok makanan dia dah habis. Tengok apa staff @jntexpressmy buat. Kau rembat makanan yang aku hantar & gantikan dengan sampah. Minta tolong korang rt biar semua tahu. pic.twitter.com/yoJF3u9o0L
— Caja ? (@Schaza_Izzati) August 5, 2021
Bungkusan asal sebelum dihantar
Menerusi hantaran itu, wanita terbabit turut memuat naik gambar isi bungkusan asal sebelum bertindak menghantar kepada teman lelakinya.
Gambar yang dimuat naik itu memaparkan pelbagai makanan snek yang disusun rapi dalam kuantiti yang banyak sebelum dibungkus di dalam sebuah kotak.

Namun, apabila barang tersebut sudah sampai kepada individu yang sepatutnya, dia terkejut apabila teman lelakinya menunjukkan sampah yang diterimanya.
Lebih menghairankan, barang yang diterimanya itu kebanyakannya bukan yang sepatutnya diterima termasuklah botol susu serta permainan kanak-kanak.
Hal itu diketahui oleh wanita itu selepas teman lelakinya memuat naik video unboxing kotak tersebut sebelum menghantar rakaman itu kepadanya.
Bagi wanita itu, walaupun ada segelintir net1zen yang menyatakan barangan yang di.curi itu hanyalah makanan snek, tetapi ia merupakan masalah yang besar.
Hal ini kerana barang yang dihantar untuk seseorang yang perlu di.kuarantin di rumah kerana agak sukar buat mereka mendapatkan sumber makanan.
Netizen turut bersimpati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata net1zen menzahirkan rasa simpati serta geram dengan pekerja syarikat tersebut yang tidak amanah dalam melakukan pekerjaan.




Setakat ini, hantaran yang dikongsikan itu telah mendapat lebih daripada 13,000 tanda suka serta 26,000 tweet semula.
Sumber : Twitter @Schaza_Izzati / ohmedia
Dah baca jangan lupa like, komen dan share.
Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.
Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen