Keluarga Semasa

4 Thun Mennti Zuriat. BiIik Bedah Meriah Sambut Kembarr 4

Kata orang, kehadiran cahaya mata ibarat sebagai penyeri sebuah rumah tangga. Walau bagaimanapun, tidak semua orang dikurniakan rezeki menimang cahaya mata di awal perkahwinan. Malah ada yang terpaksa berusaha mendapatkan rawatan daripada doktor selama bertahun-tahun walaupun mengeluarkan kos mahal.

Begitulah antara usaha yang dilakukan seorang wanita berusia 29 tahun ini walaupun pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sepanjang empat tahun berkahwin. Menerusi perkongsian video di Instagram Dr Thokha iaitu seorang pakar Obstetrician & Gynaecologistpatient yang bernama Nurul Nabila tersebut akhirnya merasai rezeki dan nikmat bertarung melahirkan zuriat sulungnya.

4 Tahun Harap Zuriat Lepas 2 Kali Gugur, Bilik Operation Meriah Sambut Kembar 4 2

Kegembiraan tersebut lebih berganda kerana Nabila telah melahirkan kembar empat yang terdiri daripada tiga orang bayi perempuan dan juga seorang lelaki. Difahamkan, tiga daripada mereka berada dalam keadaan baik namun seorang lagi terpaksa diasingkan kerana memiliki berat kurang daripada 2 kilogram.

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha)

Dalam pada itu, kelihatan suasana dalam bilik operation tersebut kekal tenang di bawah pengawasan Dr Thokha. Rata-rata petugas kesihatan yang terlibat dalam proses tersebut cukup teruja manakala suami kepada Puan Nurul Nabila setia menemaninya di sisi.

4 Tahun Harap Zuriat Lepas 2 Kali Gugur, Bilik Operation Meriah Sambut Kembar 4 3

Sumber : IG Dr Thokha  / kisahdunia

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *