Hiburan

Nas!b baik tak terbang khemah

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang menyaksikan suasana tidak terjangka di sebuah majlis.

Menerusi video tersebut, sebuah helikopter dilihat tiba-tiba datang dan cuba untuk parkir di padang luas yang terletak di hadapan rumah itu.

Video yang dimuatnaik oleh Makassar_iinfo di Instagram itu dimuatnaik dengan kapsyen yang mendakwa bahawa individu yang berada di dalam helikopter  itu sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Sementara itu, beberapa orang tetamu yang berada berdekatan khemah majlis keluar untuk menyaksikan kejadian itu.

Kehadiran tetamu itu dengan menaiki helikopter membuatkan semua orang tercengang dan kagum.

Pun begitu, identiti individu yang berada di dalam helikopter itu tidak diketahui. Manakala dakwaan berkenaan juga tidak dapat disahkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengatakan bahawa ia bagaikan adegan di dalam drama Korea.

Video :

Sumber : Suara / Makassariinfo / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *