Semasa

Ibu dan Bayi MeninggaI Dvnia KemaIangan

Ibu dan bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas Nissan Cefiro dinaiki mereka bertembung dengan Proton Wira dekat Ladang CEP Simpang Renggam, 2 petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafa berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Norashidah Zakaria, 35, dan anaknya, Azrah Hanan Muhammad Shahril.

Katanya, suami mangsa, Muhammad Shahril Amran, 37, cedera bersama dua yang lain iaitu Manja Jaafar, 55, dan Mohd Zul Shahri, 56.

“Proton Wira itu dipercayai dari arah Simpang Renggam ke Kluang manakala Nissan Cefiro dari arah bertentangan.

“Terdapat dua mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan terdapat tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, anggota membuat penyelamatan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa diserahkan kepada ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis,” katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada 3.06 petang.

Sumber : hmetro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *