Info Semasa

Selamber badak je dia.. rakyat bukan main dipaksa.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri TajuddinAbdulRahman dikompaun kerana telah melanggar proseduroperasistandard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengantidak memakai pelitupmuka di Parlimen, di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner BehEngLai berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati Tajuddin telahmenghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat.

“Pada hari yang sama, jam 2.30 petang, beliau didapati tidak memakaipelitup muka sewaktu sedang bersama denganseorang individulain di ruang legar Parlimen.

“Atas pelanggaran SOP tersebut maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini (Selasa) jam 1 petang, nilai kompaun akan diputuskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya melalui kenyataan

pada Selasa.

Eng Lai turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan jangkitan pandemik Covid-19.

Pada Selasa, tular satu mesej serta gambar yang dimuat naik pemilik akaun Twitter yang memaparkan ahli Parlimen berkenaan telah melanggar SOP PKP.

Sumber: Sinarharian

Terdahulu Pun Kes Sama Jugak…

POlis siasat Tajuddin tidak pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan terhadap Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah, berkata siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan Tajuddin sudah dimulakan pada hari sama.

“Siasatan dijalankan ke atas video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas selesai meninjau lokasi insiden kemalangan membabitkan tren di Stesen LRT Kuala Lumpur.

“Semua mereka yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkutan) 2021.Semalam, Tajuddin pada sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, di sini, dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Sumber : Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *