Info Semasa

“Teksi ezora melet0p”. Punca nak cucuh r0k0k je

Seorang lelaki cedera selepas teksi dipandunya melet0p dipercayai berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman dan penggunaan pemetik api dalam kejadian di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak.

“Siasatan pihak bomba di tempat kejadian mendapati ia berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika itu pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk memb4kar rokok.

“Teksi tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA,” katanya.

Beliau berkata, pemandu berusia 64 tahun dilaporkan mengalami lecvr ringan pada lengan dan muka.

Katanya, mangsa warga tempatan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Pengajaran,selalulah peka dengan keadaan sekeliling anda terutama terhadap benda yang boleh menyebabkan kebakaran. Api kalau dapat udara pun sudah cukup merbahaya inikan pula gas.

Sumber : careta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *