Semasa

3 Ber4dik “Terbiar” DaIam BiIik Sewa DitinggaIkan T4npa Diurvs

ViraI gambar tiga kanak-kanak ditinggalkan dalam bilik yang kotor (rumah kedai) dan tidak terurus serta makan kerak nasi, mencetuskan pelbagai reaksi netiz3n.

Gambar yang dimuat naik oleh Julian Abd Razak itu menunjukkan adik-beradik masing-masing berusia 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Julian berkata, ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah beberapa hari tidak mandi dan hanya makan kerak nasi yang dicampur dengan kicap sahaja.

“Ibu bapa mereka dikatakan berkerja tetapi tidak menguruskan anak dahulu sebelum pergi bekerja. Tiga beradik ini hanya ditinggalkan begitu sahaja, bergelumang dengan najis di atas tilam.

“Saya difahamkan ibu mereka bekerja di salah sebuah kilang di Gelang Patah. Dan bapa mereka telah diamanahkan untuk menjaga tiga beradik ini. Tetapi ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus,” katanya.

Menurut Julian, keadaan tiga beradik yang tidak terurus itu hanya diketahui semalam selepas salah seorang jiran mereka terdengar bunyi pinggan terjatuh, lalu bergegas melihat keadaan mereka.

Susulan viraI itu, pihak JKM Johor Bahru bersama dengan anggota PoIis Cawangan Larkin telah datang ke kediaman tersebut.

“Anak ini sudah mendapat perh4tian JKM dan telah dipindahkan ke Pusat Jag4an Kanak-Kanak di Sultanah Aminah. Syukur pada Ilahi dipermudahkan segala urusan,” katanya pada jam 4.53 petang semalam.

Di ruangan komen, Julian menjelaskan pasangan berkenaan yang balik pada waktu malam hairan apabila mendapati anak-anak mereka tiada di dalam bilik, sebelum dimaklumkan oleh pemilik tempat itu mengenai apa yang berlaku.

“Ibu bapa mereka balik pada waktu malam dan pemilik tempat itu memaklumkan kepada mereka apa yang telah berlaku. Pada awalnya ibu bapa mereka tidak mahu mengaku, kononnya terpaksa tinggalkan anak sebab ada kursus. Namun kej4dian ini bukan kali pertama berlaku.

“Kemudian si ibu bertanya di mana anak-anak dia. Pemilik tempat itu memaklumkan anak-anaknya telah diambil oleh pihak JKM dan dibawa ke pusat jag4an kanak-kanak.

“Mereka menangis teresak-esak seperti kem4tian anak selepas dimaklumkan. Si ibu berkata, dia sayangkan anak-anaknya dan tiga beradik itulah semangat dia untuk hidup dan tidak sanggup berjauhan dan mereka tidak pernah berpisah.

“Kami hanya mampu tengok saja ‘drama sedih’ itu, sebelum ditenangkan oleh pemilik tempat itu. Dalam masa yang sama dia berkata dia menyesaI buat anak-anaknya begitu.

“Saya harap mereka berdua sudah mendapat pengajarannya. Menurut info dari JKM, mereka tidak boleh berjumpa dengan tiga beradik itu buat sementara waktu,” katanya.

Sumber : thenota3

Kisah Ini Berlaku Pada Tahun 2017. Jadikan Ia Sebagai Pengajaran. Semoga Tidak BeruIang Kembali Kejadian Seperti Ini.

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB Karipap Oksigen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *