Info

Mesti ramai nak tahu dari mana datangnya sumber pendapatan ustaz Ebit lew kan? Jom baca

Kisah dan cerita-cerita hebat tentang Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja-kerja kebajikan tidak dapat disangkal lagi.

Bahkan di Malaysia boleh dikatakan Ebit Lew individu yang paling hebat dan paling ke hadapan dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Jika Ebit Lew datang untuk membantu, bukan sedikit-sedikit bantuan yang diberikan. Sehingga ramai terfikir mana datang duit atau dana yang diperolehi beliau?

Siapa Ebit Lew?

Pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot IsIam Agamaku, siapa sangka Ustaz Ebit Lew yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal IsIam melalui salah seorang gurunya.

Maka bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci IsIam.

Jika anda masih ingat, pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew pernah terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Sehinggakan sebelum ini ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tudvhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Tidak senang dengan tudvhan yang diIemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

” Ada golongan-golongan b0d#h yang cakap ustaz Ebit Lew gunakan duit drma orang ramai untuk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bod#h.

” Chanel Youtube Ustaz Ebit Lew pula, view dia lagi banyak dari Youtuber bernama Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot.

” Kalau Soloz mampu pakai Mustang dah tentu ustaz Ebit Lew mampu juga pakai alphard. Lagipun ustaz ada perniagaan lain lagi, buku-buku hasil tulisan beliau pun banyak dipasaran. Otak jangan sempit sangat.” tulis beliau.

Dalam pada itu Yusran Yusof turut berkongsi kepada umum berapa pendapatan kasar Ustaz Ebit Lew.

” Jom kita tengok secara kasar pendapatan Ustaz Ebit Lew

” Tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah setiap bulan full seluruh negara. page Facebook ada 1.8juta followers.

” Selain itu youtube dah ada 400k subscriber dengan 3k-56k USD (RM12K – RM224K), di mana pendapatan melalui Uoutube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (RM168k- RM2 juta lebih )

” Banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.. ” tulis beliau.

Malah dalam satu perkongsian di Fb, Ebit turut mengakui menceritakan serba sedikit punca pendapatan beliau selepas timbul cakap-cakap belakang mengenai kekayaan beliau.

Kata Ebit Lew, bayaran diterima dari Facebook dan Youtube agak lumayan.

Profil Ebit Lew

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik.

Beliau memeluk agama IsIam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan. Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.

Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai 2020 dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi.

Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew’s Design.

Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.

Antara pencapaian diterima Ebit Lew, beliau pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Beliau juga merupakan penceramah slot motivasi pagi, Slot IsIam Agamaku, IsIam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM dan Sinar.

Luahan Ebit Lew yang disertakan gambar beliau bersama isteri di hadapan banglo 3 tingkat itu susulan kepada beberapa pihak yang mempersoalkan duit sumbangannya.

Berikut adalah perkongsian Ebit Lew;

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik.

Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang.

Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia.

Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul.

Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan.

Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator.

Program korporat teambuilding selama 4 tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya.

Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.

Saya ada 3 restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah.

Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.

Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah.

Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak.

Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad.

Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

Ramai artis komen

Perkongsian menarik Ebit Lew itu bukan sahaj mencuri perhatian warganet malah beberapa orang artis terkenal. Antaranya ada Shuib Sepahtu dan Aeril Zafril.

” Allah sayang kita semua, Allah sayang Ebit Liew..” tulis Shuib

” SubahanAllah” tulis Aeril ringkas.

Sekali jiran Ustaz Ebit pun komen

Menariknya jiran kepada Ustaz Ebit Lew turut memberi komen. Katanya, dia berasa bertuah kerana berjiran dengan pendakwah popular itu dan menyifatkan jirannya itu satu dalam sejuta.

” Bertuah saya berjiran dengan ustaz Ebit.. Walaupun Di sebalik pagar belakang rumahnya ..Bila nampak kereta dia keluar dah tahu mesti out station..

” Semoga Dipermudahkan segalanya utk ustaz.. Satu dalam sejuta.. Semoga ramai lagi seperti nya” tulis Shahirman

Sumber : FbYusran Yusof / IG Ebit Lew / wikipedia / muzikjalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *