Hiburan Info

[ video lucu ] Juara dunia WSBK “6 KALI” dah tapi baru tahun ni dapat lesen awam.

Pelumba dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) iaitu Jonathan Rea pada baru-baru ini dilaporkan telah berjaya mendapatkan lesen motosikal awam yang sah di negaranya.

Juara dunia enam kali bagi kejuaraan WorldSBK yang merekodkan 103 kemenangan, 194 kali kejayaan menaiki podium, 30 kali berjaya berada di petak pertama perlumbaan dan sebanyak 82 kali berjaya mencatatkan lap terpantas baru sahaja selesai mendapatkan lesen menunggang motosikal yang sah ketika di usia 34 tahun.

Perkara itu didedahkannya di dalam satu video yang dimuat naik melalui akaun YouTube miliknya.

Menurut portal News Letter, ketika beliau ditemu ramah dalam satu rancangan televisyen pada awal tahun ini, Rea mendedahkan bahawa dirinya pernah gagal dalam ujian teori pada sebelum ini.

Disebabkan ‘lockdown’ yang dilaksanakan kerajaan kerana wabak pandemik COVID-19, impiannya untuk memiliki lesen motosikal terpaksa ditangguhkan.

“Saya pernah gagal ujian teori saya sebanyak sekali. Saya melakukan ujian teori itu ketika saya tinggal di Isle Of Man dan saya gagal,” katanya.

“Pada awal pelaksanaan ‘lockdown’, saya telah mengisi butiran untuk melakukan ujian teori saya di Ireland Utara, di Belfast, kemudian saya diberitahu bahawa pusat ujian itu dilakukan ditutup.”

Juara dunia itu berkata bahawa “cukup memalukan” bagi dirinya kerana tak dapat menunggang motosikal untuk pergi ke kedai.

“Agak memalukan bagi diri saya yang berjaya meraih enam kali kejuaraan dunia ini tak dapat pergi ke kedai-kedai yang berdekatan dengan menaiki motosikal,” katanya.

Video yang dimuat naiknya itu memaparkan beliau sedang menjalani ujian dengan menggunakan sebuah motosikal jenis Kawasaki Z650 yang lengkap dengan pelekat lesel L yang besar di motor tersebut.

Lebih menghiburkan adalah apabila cikgu sekolah memandunya itu memberikan ‘tunjuk ajar’ kepadanya tentang perkara yang perlu dibuatnya semasa menunggang motosikal berkenaan.

 

 

Sumber : News Letter / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *