Hiburan Info

Risau kena kokak sanggup tunggu sampai customer balik rumah

Zaman sekarang ni, tak ramai orang yang mengamalkan prinsip amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Kadang-kadang tu kita ni kalau boleh nak cepat dan senang je menyelesaikan sesuatu tugas tu kan.

Tapi lain pula ceritanya seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ekaa Abdul ini.

Kisahnya, semasa dia dalam perjalanan pulang, abang rider FoodPanda yang ditugaskan untuk menghantar pesanannya itu setia menunggunya pulang ke rumah.

Ianya kerana, menurutnya abang rider tu takut nak meninggalkan pesanan makanannya itu kerana terdapat 2 ekor kucing di kawasan rumahnya.

Kerana khuatir kucing tersebut akan ‘mencuri’ makanan tersebut, abang rider tu pun menunggu sehingga tuan rumah yang memesan makanan itu pulang ke rumah.

Warganet yang melihat perkongsian itu turut memuji tindakan abang rider tersebut.

Sumber : Ekaa Abdul / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *