Info Semasa

Pekerja minta kerja,kau pulak kerjakan dia

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan mer0gol pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia.

Tertuduh berusia 64 tahun dari Dungun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mer0gol mangsa yang berusia 37 tahun di sebuah rumah di Dungun pada jam 5 pagi hingga 2 petang antara 1 Februari hingga 13 Jun lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Kes3ksaan (KK) berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di mahk4mah sama kerana menggaji mangsa untuk bekerja di rumahnya tanpa permit sah di alamat dan tarikh sama.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 berdepan hukvman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penj4ra tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, m4hkamah menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagi kes mengikut Seksyen 376 (1) KK, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa dan saksi selain perlu melaporkan diri pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan di Balai Polis Dungun sepanjang prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Shahir Mat Jusoh.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *