Info Keluarga

Amb0i Ser0nok Su4mi Dapat Istri “Sporting” Mcm Ni

JAKARTA – Isteri kepada anak seorang penceramah terkenal Indonesia membuat pengakuan bahawa dia tidak kisah untuk bermadu sekiranya suaminya berhasrat untuk berkahwin lebih daripada seorang di masa akan datang, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Pengakuan tersebut disuarakan Nadzira Shafa ketika ditemu bual oleh selebriti dan pelakon terkenal, Oki Setiana Dewi dalam satu paparan di YouTube.

Meskipun baru dua minggu berumah tangga, isteri kepada anak Allahyarham Ustaz Arifin Ilham, Ameer Azzikra itu secara terang-terangan mengaku dia bersedia dimadukankerana turut berasal daripada keluarga yang mengamalkan poligami.

“Sebenarnya, jika bercakap mengenai poligami, saya tidak menentang kerana saya berasal daripada keluarga yang berpoligami.

“Jadi, saya dapat memahami amalan poligami,” katanya ketika menjawab soalan daripada Oki.

Tambah wanita itu, jika suatu hari nanti suaminya membuat keputusan untuk berkahwin lagi, dia ikhlas untuk menerimanya.

“Jika ada wanita yang betul-betul perlu dibimbing (oleh suaminya), saya tidak kisah,” ujarnya.

Sementara itu, pengakuan Nadzira Shafa itu dibalas oleh Ameer Azzikra yang mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia memikirkan perkara tersebut.

“Kita kan baru berkahwin. Saya masih belum terfikir ke arah itu,” katanya.

Sumber : AGENSI / kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *