Info

20 Tahun Terplsah,Adek Moh0n Bantvan Kita Jej4k Abgnya.

Kehilangan insan tersayang sememangnya amat memeritkan. Apatah lagi si dia adalah darah daging kita sendiri. Begitulah yang dirasai oleh Faziera Tarmizhi setelah terpisah dengan abang kandungnya sendiri sejak kecil.

Menerusi kiriman di ruangan mesej Siakap Keli, Faziera memerlukan bantuan kita semua untuk menjejaki semula abangnya yang dikenali sebagai Mohamad Nor Fitrah bin Mohd Tarmizhi.

Dalam hebahan tersebut, Faziera menulis:-

“Bismillahirahmanirrahim. Salam. Hai geng, nak mintak tolong dengan kuasa viral korang semua dalam musim PKP ni, semoga dapat jumpa kembali abang saya yang lebih 20 tahun dah tak bersua. Semoga ada sinar kembali buat ayah kami yang teramat rindu akan susuk tubuh ini..”

Maklumat abangnya adalah seperti berikut:-

  • Nama: Mohamad Nor Fitrah bin Mohd Tarmizhi
  • Lahir: 1992
Gambar: Kriman Faziera Tarmizhi

Difahamkan, Faziera dan keluarganya tidak memiliki sebarang dokumen mahupun maklumat lain milik abangnya. Hanya sekeping gambar inilah yang menjadi satu-satunya ‘bukti’ yang ada.

Jika anda ada maklumat untuk disalurkan, Faziera boleh dihubungi di talian 017-5674546. Kami doakan semoga mereka dapat bertemu semula satu hari nanti. Amin!

Sumber : Siakap Keli / Faziera Tarmizhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *