Info Semasa

“Tak sempat kaya” 5 lelaki dicekup semasa proses daun ketum

JOHOR BAHRU – Kegiatan sindiket pengedaran daun ketum di negeri ini lumpuh apabila stor pemprosesan air ketum di Jalan Banjaran 4, Tampoi di sini diserbu Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) pagi semalam.

Dalam operasi yang dijalankan pada pukul 9.45 pagi itu, sejumlah 931 kilogram (kg) daun ketum dirampas yang dianggarkan bernilai RM76,880.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya turut menahan seramai lima lelaki tempatan berusia lingkungan 29 hingga 54 tahun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang ditahan menjalankan aktiviti pengedaran dan pemprosesan daun ketum sejak setahun yang lalu

“Dalam serbuan terbabit, polis merampas 25 bungkusan guni berwarna putih dan kuning berisi daun hijau dipercayai daun ketum dengan anggaran berat keseluruhan kira-kira 675kg. Turut dirampas 22 bungkusan plastik lutsinar berisi daun ketum dengan anggaran berat kira-kira 256kg.

“Batalion 5 PGA turut menemukan 80 botol lutsinar 1.5 liter dipercayai berisi air ketum yang telah dimasak diletakkan dalam empat tong ais di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber : K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *