Dunia

(video)Bintang Bola Sepak CR7 Selamba Tukarkan 2 Botol Coca Cola dengan Air mineral.Mesti ada makna…

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo berasa ‘tidak senang hati’ dengan dua botol minuman Coca-Cola yang diletakkan di depannya ketika sidang media Euro 2020 malam tadi.

Penyerang Portugal itu menyedari ‘kewujudan’ minuman berkarbonat tersebut sebelum segera mengalih dan menggantikannya dengan air sebotol minuman seraya bertegas, “Air kosong!”

Tindakan spontan Ronaldo itu mencuri perhatian ramai, sekaligus memberi ‘tamparan’ hebat kepada pengeluar minuman berkenaan sebagai salah satu penaja rasmi.

Umum mengetahui, Ronaldo merupakan salah seorang pemain bola sepak yang cukup berpengalaman beraksi di atas padang, sama ada perlawanan di liga, kelab mahupun pasukan kebangsaan.

Walaupun umurnya kini menginjak 36 tahun, dikatakan Ronaldo masih giat mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah amalan pemakanan seimbang dan menjalani rutin harian dengan aktif.

Antara diet yang diamalkannya adalah memakan buah-buahan, sayur-sayuran, protein bersih seperti ikan dan ayam yang dimasak tanpa minyak dan minuman sihat.

Salah satu menu kegemarannya pula ialah makanan klasik orang Portugis; Bacalhau à Brás yang terdiri daripada lapisan ikan kod, bawang, kentang nipis dan zaitun hitam di atas telur.

Rakaman aksinya ketika sidang media itu dikongsikan di laman Twitter sebelum tersebar luas ke media sosial hingga ditonton hampir 700,000 kali setakat ini.

Video :

 

Sumber : dailymail / siakap keli / miftah’s tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *