Hiburan Info

Lah… Jelmaan nenek tu manusia lah..ada yang ketakutan ke semalam? Tapi apa nenek ni buat jalan kaki sorang-sorang pukul 3 pagi?

PETALING JAYA – Rakaman video tular yang memaparkan kelibat seorang wanita melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada pukul 3 pagi akhirnya terjawab apabila individu tersebut disahkan manusia biasa.

Perkara itu didedahkan pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut hari ini namun maklumat seperti nama, usia dan mengapa dia berjalan bersendirian tidak diketahui.

“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pada pukul 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.

“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” ujar keterangan hantaran gambar tersebut.

Video dengan muzik latar yang agak menyeramkan itu sebelum ini menarik perhatian netizen yang kebanyakan mereka menyifatkan warga emas berkenaan sebagai jelmaan makhluk halus.

“Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya. Tolonglah pantau kasihan dia,” ujar seorang pengguna media sosial bernama Nur Nunu.

“Bahaya mak cik awal-awal pagi lintas jalan seorang dalam keadaan gelap. Kereta laju-laju semua. Penyamun, haiwan buas. Kami doa semoga mak cik sihat dan kalau hendak keluar bawa lampu suluh,” ujar seorang netizen bernama Ayzoll AZ.

Sumber : k! Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *