Info

“Lelaki m4ut dipercayai terlanggar lembu”. Harap-harap pemilik lembu tersebut tampil bertanggungjawab.

PORT DICKSON – Seorang lelaki maut apabila motosikal jenis Honda yang ditunggangnya melanggar seekor binatang dipercayai lembu dalam kemalangan di Kilometer 18.5 Jalan Siliau – Rantau berhampiran Ladang Bradwall di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu. mangsa, S. Navin, 31, dari Ladang Bradwall di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Siliau menghala ke Rantau sebelum kemalangan berlaku.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar seekor binatang dipercayai lembu berdasarkan bulu binatang yang melekat pada bahagian hadapan motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, akibat kemalangan itu mangsa yang juga penunggang motosikal telah jatuh ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson dan mayatnya dihantar ke unit forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.