Info

Hanya Guna Barang RM2 Ubahsuai Bilik Usang Jadi Tempat Mainan Anak

Bakat dan kreativiti yang ada diterjemahkan pada benda-benda yang simple namun hasilnya sangat menarik.

Demikian juga dengan kreativiti ayah ini yang menukar wajah bilik kosong yang sudah usang kepada ruang bermain anak yang cukup  simple tapi sweet dengan menampilkan tema ‘Farm House’.

Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara  Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.

Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.

Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.

Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍

 

Kredit : Khairul Azhar

Leave a Reply

Your email address will not be published.