Hiburan

Minimum 5A je….cepat adik-adik..PU Riz nak bagi RM300..up sikit dari Wawa Zainal

SELEPAS Neelofa bermurah hati memberi sumbangan katil kepada Hospital Melaka, kini giliran suami PU Riz pula menawarkan ganjaran RM300 kepada pelajar mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram beserta bukti slip keputusan mereka.

“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya bersama slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini dan mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

PU Riz beri ganjaran kepada pelajar cemerlang SPM.

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan perolehi kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Neelofa menerusi satu kenyataan kepada mStar menghulurkan sumbangan kelengkapan katil untuk Hospital Melaka yang bernilai hampir RM100, 000.

Sumbangan itu bagi memudahkan rawatan kepada pesakit Cvidl9 yang kini semakin nnennbimbangkan.

“Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang.

“Mang tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan pelajar lain pula,” ujarnya.
Neelofa dan Riz atau Haris Ismail, 26, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 27 Mac lalu di sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Grand Hyatt.

Sementara itu, PU Riz menjemput kesemua pelajar yang akan dipilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram miliknya @hrisbismail pada pukul 1 petang, Sabtu.

“Saya memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam sesi ‘live’ bersama saya. Sedikit sebanyak boleh berkongsi tip pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.

Sumber : Mstar / trendinggiler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *