Info

Mungkin Ramai Tertanya-tanya, Bomba Dedah Rupanya Ini Beza & Maksud Pili Bomba Warna Merah Dengan Kuning

Pasti ramai diantara kita yang pernah ternampak pili bomba yang diletakkan di tepi-tepi jalan bukan?

Dan kalau ada yang perasan, ada dua warna berbeza yang terdapat pada pili bomba ini. Satu warna merah dan satu lagi warna kuning.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa warna dia berbeza? Ada apa-apa fungsi yang berlainan ke diantara kedua-dua warna ini?

Bagi menjawab persoalan tersebut, akaun Facebook Bomba Alor Setar ada berkongsikan penjelasan berkenaan perkara itu. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Pili Merah Pili Kuning, Jangan Marah Jangan Pening..

Tahukah anda apa maksudnya Pili Bomba berwarna merah dan kuning?

Merah – Pili Bomba Awam ialah suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang untuk menyediakan bekalan air yang tidak bermeter bagi tujuan operasi pemadaman kebakaran.

Kuning– Pili Bomba Swasta ialah suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang untuk menyediakan bekalan air yang mempunyai meter ke sesuatu premis atau compound bagi tujuan operasi pemadaman kebakaran.

Sumber: bomba alor setar / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published.