Hiburan

“Orang Lain Tidur, Aku Berkel1aran Cari Laki Aku”-Isteri ded4h Syuk Kembali Cvrang?

Episod pergolakan rumah tangga Shuk Sahar kembali ‘panas’ apabila isterinya dipercayai mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.

 

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami.

“Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Jelas Rossa lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.

“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.

“Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.

Anda boleh lihat antara luahan tersebut di bawah.

 

Pada masa sama Gempak cuba menghubungi Shuk sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan cvrang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontr0versi selepas didakwa dipukvl bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *