Uncategorized

Negara Brunei Darussalam 260 Hari Tanpa K3s Baru C0v1d-19, Ini Antara Langkah Yang Diambil

KES C0v1d-19 di negara kita menunjukkan peningkatan sehingga telah mencecah angka 4,000 kes sehari.

Perkara ini amat membimbangkan sehingga kerajaan terpaksa meneruskan PKP dilanjutkan di beberapa negeri.

Berbanding dengan negara Brunei Darussalam, setakat jam 12 tengah hari semalam tidak ada sebarang kes baharu dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes C0v1d-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah seramai 174 orang.

Perkara ini disahkan melalui siaran akhbar mengenai situasi terkini j4ngkitan C0v1d-19 di NBD seperti yang dipetik melalui pelitabrunei.gov.bn, Kementerian Kesihatan NBD memaklumkan bahawa negara tersebut mencatatkan 260 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan C0v1d-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

 

Difahamkan juga setakat ini, dua k3s aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan. sementara seramai 623 orang menjalani pengasingan diri mandatori,

Selain itu, seramai 11,645 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini, seramai 169 orang.

Seterusnya, sebanyak 224 sampel ujian v1rus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 88,528 ujian.

LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN DALAM MENANGANI IMPAK C0V1D-19 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Memetik laporan http://www.mtic.gov.bn/ berikut dikongsikan beberapa langkah yang diambil oleh Kerajaan Brunei Darussalam bagi mengatasi C0v1d-19 di negara tersebut.

Pembinaan Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong bagi menempatkan pesakit-pesakit yang telah pun disahkan p0sitif daripada jangkitan C0v1d-19 untuk dipantau rapi di pusat pengasingan yang baru ini.

Pembinaan bangunan tambahan Makmal Rujukan Virology Kebangsaan di Kampung Sumbiling, Bandar Seri Begawan, bagi menambah kapasiti dan mempercepatkan proses ujian makmal bagi C0v1d-19 di negara ini.

Penyediaan Pusat-Pusat Pemantauan bagi warga asing,rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dari luar negara bagi menjalankan pengasingan diri.

Tegahan keluar negeri telah mula dikuatkuasakan mulai pada 16 Mac 2020 yang telah dimuatkan di dalam garis panduan permohonan kebenaran keluar negeri bagi rakyat dan penduduk Brunei Darussalam bagi menghindari penul4ran wab4k C0v1d-19.

Semua permohonan membawa masuk pekerja asing adalah ditangguhkan.

Semua warganegara asing termasuk yang transit tidak dibenarkan untuk memasuki Negara Brunei Darussalam.

Pemantauan harga barangan akan sentiasa dibuat bagi barangan seperti beras, gula dan barangan keperluan lain seperti sanitizer tangan dan Surgical Face Mask bagi perlindungan pengguna.

Premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, food court, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkan untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway).

Penutupan kesemua kompleks dan fasiliti sukan yang tertutup di seluruh negara termasuk gym, bowling alley dan padang golf.

Penutupan muzium-muzium dan galeri, pusat-pusat belia dan setiap cawangan perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber: Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *