Uncategorized

“Mama, harimau pon menangis tengok ni”-Ameera Kongsi Foto Mama Ketika Muda, Memang Anggun Jelita!

Bintang media sosial, Ameera Khan ada memuat naik beberapa perkongsian pendek menerusi Insta Story di Instagram miliknya, pada Selasa.

Menariknya, adik kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa ini berkongsi beberapa foto ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sewaktu muda.

 

“Mama… Harimau pun nangis tengok ni,” tulisnya ringkas pada foto lama ibu tercinta bersama emoji.

Sementara itu dalam satu perkongsian lainnya, Ameera  sekali lagi menulis kapsyen berseloroh.

“Menangis ke tak menangis?,” titipnya lagi.

 

Di dalam beberapa gambar yang dikongsikan itu, jelas menggambarkan Datin Noor Kartini mempunyai raut jelita sejak dari dulu lagi.

 

Malah, usahawan tersebut juga kelihatan anggun mengenakan persalinan hitam dan putih lengkap dengan aksesori anting-anting sebagai pelengkap gayanya dalam foto tersebut.

Terdahulu, produk Daging Harimau Menangis yang dikeluarkan oleh Datin Kartini dibawah nama Auntytinikitchen ini telah mendapat kecam4n hebat oleh warganet susulan daripada video yang tular mengatakan nama Harimau Menangis merupakan cap eksklusif produk keluarannya.

Walau bagaimanapun Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ masih di peringkat pemeriksaan.

Beliau diminta untuk tidak membuat kenyataan mendahului MyIPO memandangkan permohonan tersebut baru dibuat sekitar November tahun lalu.

Foto: Instagram Ameera Khan, Datin Noor Kartini

Kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *