Hiburan

Khairul Aming Buat Keputusan Mengejvt Stop Jualan Sambal? Ini Puncanya…

Biarpun baru dua minggu menjalankan peniagaan, sambal hasil ‘air tangan’ personaliti media sosial, Khairul Aming iaitu Sambal Nyet laris bak pisang goreng panas.

Namun, dalam kerancakannya berniaga sambal tersebut, Khairul Aming secara tiba-membuat keputusan untuk menghentikan jualan.

Menerusi posting terbaru di Twitter, Khairul menjelaskan beberapa sebab berhubung keputusan mengejut itu.

“Guys aku baru restock 2,000 botol. Saya nak habiskan stock malam ni dan bermula esok aku stop dulu penjualan untuk restructure balik. Ini sebabnya.

“800 botol hari ni sold out dalam masa 30 saat. Situasi ini tidak sihat untuk saya dan anda. Saya tak mahu habiskan masa anda depan skrin dan kecewa bila produk habis,” katanya.

Menurutnya, dia kini dalam proses penambahbaikan dan meneliti kaedah yang lebih baik untuk pembeli.

“Next time, kami hasilkan lebih stok dan jual setiap hari bila-bila masa, siang malam.

“Tak ada masa yang tetap. Saya tak mahu anda set alarm, rasa gemuruh ataupun kecewa bila barang habis.

“Saya minta maaf sebab pembeli kena melalui proses begini. Saya pun baru berniaga dua minggu dan banyak lagi kena perbaiki.

“Kami juga tengah teliti respon pembeli yang cakap ada terlebih minyak,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

 

 

Sementara tinjauan di posting tersebut mendapati ramai netizen yang kecewa dengan pengumuman berkenaan.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat supaya ‘influencer’ tersebut mengambil sedikit masa untuk menaik taraf sistem jualan.

Terdahulu, Sambal Nyet meraih jualan luar biasa apabila sebanyak 10,000 botol habis hanya dalam tempoh kurang satu jam.

Difahamkan, sambal tersebut pada harga RM13.90 sebotol.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *