Info Tips

Teknik Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

Hajat nak simen ruang kosong di laman supaya mudah nak letak kereta. Nak panggil tukang, ruang kecil saja. Macam tak berbaloi.

Kalau dah begitu, DIY sajalah sendiri. Boleh ikut perkongsian Ahmad Saif ini untuk dijadikan panduan membuat lantai konkrit simen cara mudah.

Tip melapis lantai konkrit batu mudah (tanpa besi)

Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 saja), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber saja.

INFO LAIN :

Mesin basuh kotor, pakaian habis berhabuk. Ini cara paling berkesan untuk cuci. Hanya guna 1 bahan tak sampai rm5

Kalau rumah banyak lalat guna tiga bahan mudah ini. Sangat berkesan.

Repair kipas yg perlahan kembali laju. Selagi boleh repair, kita cuba sampai elok. Jimat pun jimat

Ratio konkrit:
-1 beg simen
-2½ wheelbarrow (kereta sorong) pasir
-1 wheelbarrow batu

Cara-caranya

Ini adalah layer konkrit kasar ya. Licin belum DIY lagi.

1. Letak je atas bukit pasir.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

2. Pecahkan beg simen.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

3. Cedok pindah ke sebelah. Cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir bercampur cepat.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

4. Pindah sekali lagi, cedok bawah.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

5. Dah sekata pun, buatlah kawah.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

6. Tabur batu di tebing kawah.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

7. Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 minit utk resapan.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

8. Anda akan rasa tebing tu sangat lembut. Sangat mudah dan ringan, tarik dan ratakan saja. Sambil tarik akan rata dengan sendiri.

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. Pastikan air tak bertakung. Siap!

Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

Info : Saya guna 3 beg simen untuk ruang 19×7, tebal lebih kurang 2 inci.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Ahmad Saif / vanillakismis

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *