Info

Asyik gagaI je nak buat ayam goreng mcm kfc? Nah rahsia”jimat style” confirmed jadi

Boleh dikatakan, ramai yang mempunyai minat terhadap ayam goreng. Tambah lagi kalau ayam tersebut menepati citarasa seperti ‘juicy’ di dalam dan ‘crunchy di luar. Barulah puas makan.

Pelbagai resipi dikongsikan di media sosial bagi sesiapa yang berminat untuk memasak sendiri ayam goreng untuk santapan bersama rakan serumah ataupun keluarga. Samalah seperti yang dikongsikan oleh Puan Reha Rahma yang berkongsikan resipi ayam goreng yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.

Perkongsiannya telah menjadi tular sehinggakan meraih 5.2k perkongsian di laman Facebook. Untuk mengetahui resipinya, ikuti perkongsian di bawah:

Nak juga makan sedap tapi kalau boleh cara masaknya tu yang paling simple dan cepat. Macam saya ada anak2 kecik memang tak dapat duduk lama kat dapur. Saya share masakan ayam goreng kfc versi saya dengan 2 bahan perapan saja.

Bahan perap :

Kunyit

Stok ayam maggi

Bahan salutan ayam :

Tepung gandum

Tepung bistari

Cara-cara masak ada di setiap gambar.

Satu sudu kecik serbuk kunyit. Sukatan ni untuk sekilo kepak ayam.

Saya guna stok ayam pekat maggi, perasa ni dah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan.

3 sudu makan stok ayam pekat maggi. Kemudian perap ayam dalam sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Saya selalu perap semalaman. Perap malam ni untuk masak esok hari. Simpan dalam peti.

Untuk bahan salutan saya guna tepung bistari dan tepung gandum

1 cawan tepung gandum, setengah cawan tepung bistari. Saya campur tepung gandum sebab bila semua salutan guna tepung bistari boleh rasa muak bila makan banyak

Sebati kan tepung gandum dan tepung bistari. Salut ayam perapan dengan tepung

Petua nak bagi ayam tu ada keriting2 ayam dibasahkan dengan air. Sediakn air dalam mangkuk, masukkan ayam bersalut tepung dlm air rendam dlm beberapa saat.

Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting2 macam tu. Nak lagi banyak keriting boleh ulang dengan rendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung macam proses awal tu

Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan

Siap

Crunchy

Apa tunggu lagi, boleh lah cuba buat ayam goreng ‘juicy’ di dalam dan rangup di luar.

Sumber : Reha Rahma / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *