Info

AstaghfiruIIah..sepatutnya dilindungi tapi..

Seorang anak perempuan seharusnya dilindungi daripada lelaki-lelaki berhidung belang,tetapi lain pula yang jadi apabila bapak kandung yang menodai anak sendiri.. ast4ghfirullah…

Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan mer0gol anak kandungnya yang berusia lapan tahun. Perbuatan terkutuk tersebut dipercayai dilakukan di dalam bilik tidur sebuah rumah di Pasir Puteh dekat sini awal tahun ini.

Tertuduh yang berusia 47 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah mer0gol anak kandungnya apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam bilik tidur sebuah rumah di Pasir Puteh dekat sini pada bulan Januari dan Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan jaminan selain menetapkan tarikh 5 September depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *