Global

Bergaduh kerana orang ketiga, wanita potong alat suIit suami ketika tidur

Mangsa dikejarkan ke hospital selepas insiden berkenaan ekoran kecederaan yang dialaminya. -Gambar Acehtribun

SEORANG isteri nekad memotong alat sulit suaminya menggunakan pisau gara-gara mengesyaki lelaki itu bermain kayu tiga. Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Simpang Bayat, Sumatera Selatan pada 23 Februari lalu.Menurut polis, kejadian bermula selepas pasangan suami isteri berkenaan bertengkar mengenai seorang wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Selepas bertengkar, pelaku yang hanya dikenali sebagai LY, 33, menunggu suaminya, Rian Hidayat, tidur sebelum memotong alat sulit lelaki tersebut menggunakan pisau.Pelaku kemudian melarikan diri dan masih tidak dapat dikesan sehingga kini.Sementara itu, mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan namun keadaannya tidak diperincikan.

Polis merayu agar pelaku tampil menyerah diri.

Sumber : Acehtribunnews via mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *