Semasa

Keluarga lelaki m4ut didakwa diserang anggota poIis mahu keadilan

ALOR SETAR : Keluarga lelaki yang maut selepas didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian mangsa.

Adik mangsa, Salwana Salleh, meminta pihak polis mengemukakan penjelasan berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.

Salwana mengesahkan kem4tian abangnya, Mohd Hafiz Salleh di Facebook, kelmarin.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Beliau berkata, jenazah Mohd Hafiz dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, untuk proses bedah siasat sebelum dibawa kembali ke Langkawi untuk urusan pengebumian.

“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah,” katanya dalam muat naik di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berhubung kejadian itu gagal selepas beberapa kali dihubungi.

Rakaman video yang tular itu memaparkan sekurang-kurangnya tujuh anggota polis dilihat menggunakan kekerasan ketika menahan seorang lelaki, dipercayai Mohd Hafiz.

Seorang daripada angggota polis dilihat menendang bahagian belakang lelaki terbabit, sebelum menggari tangan mangsa.

Rakaman sama turut memaparkan Mohd Hafiz ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum mayatnya diuruskan bagi proses pengebumian.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali Putera Aizo, mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Dakwanya, kejadian itu berlaku ketika serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat, pada 29 Januari lalu.

“Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera p4rah di kepala dan bahagian lain dan terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.

“Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah,” katanya.

Sumber : bh

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *